JAWATAN KOSONG CARWASH TANGGA BATU MELAKA
Basic 1k
Komisyen
Ot
Elaun
Socso
Mempunyai lesen kereta satu kelebihan
Ada kenderaan sendiri
www.wasap.my/60147352636 mirul
JAWATAN KOSONG CARWASH TANGGA BATU MELAKA
Basic 1k
Komisyen
Ot
Elaun
Socso
Mempunyai lesen kereta satu kelebihan
Ada kenderaan sendiri
www.wasap.my/60147352636 mirul
#1- Banyakkan Bersedekah
Pelbagai sedekah boleh dilakukan, terutama sedekah jariah seperti derma kepada pembinaa masjid, mewakafkan tanah untuk tapak perkuburan, derma pakaian kepada rumah anak yatim.
Selalulah sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-nas dan ayat-ayat al-Quran yang lain dan sebaiknya dibaca sendiri oleh anak-anak mereka. Selain itu, lakukanlah upah haji untuk mereka (niat haji untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia).
#2- Selesaikan Hutang-Hutang Mereka
Jika semasa hidupnya ibu bapa pernah berhutang, berusahalah untuk membayar semua hutang itu, seperti hutang dengan bank, ansuran keretadan lain-lain pinjaman.
Manakala hutang dengan Allah SWT adalah anzar yang penah dilakukan oleh arwah, ni termasuklah fidyah meninggalkan puasa. Selain itu, tunaikanlah wasiat dan janji yang tidak sempat dilakukan semasa mereka hidup.
#3- Melakukan Amal Soleh
Sebagai anak yang soleh, jauhkan diri dari emlakukan perkara-perkara yang dilarang oelh Allh SWT, seperti maksiat dan tidak menutup aurat.
Elakkan bergaduh sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka, sebaliknya banyakkan beramal soleh dengan berbuat kebaikan dan tuntutan agama. Ini kerana segala kebaikan ini akan memberikan saham kepada ibu bapa di alam barzakh sana.
#4- Menjaga Silaturahim Dengan Keluarga Dan Sababat Baik Mereka
Salah satu cara lain untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal adalah menjaga silaturahim, menghormati dan membantu keluarga, dan para sahabat mereka. Dalam hadis Rasulullah bersabda;
“Sesungguhnya suatu hal yang paling berbakti ialah silaturahim seorang anak kepada kerabat yang mencintai ayahnya”.
Hadis Riwayat Muslim
Ini kerana, menghormati mereka beerti kita menghormati kedua orang tua kita.
#5- Menziarahi Kubur Mereka
Berziarahlah ke kubur mereka sambil berdoa dan membacakan surah Yassin, selain membersihkan kawasan tersebut. Dengan menziarahi kubur juga membuatkan kita sentiasa mengingati kematian yang semestinya akan dilalui oleh setiap makhluk Allah.
Meskipun kedua orang tua kita sudah meninggal, kita seharusnya tetap berbakti kepada mereka dengan cara melakukan cara-cara di atas, sebagai kewajibannya seorang anak yang soleh.
Sayangilah ibu bapa kita semasa masih hidup atau sewaktu mereka telah meninggal dunia sekalipun. Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka tiada. Allah jua yang membalasnya, al-Fatihah!
Syurga Tanpa Hisab
Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.
Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a.
Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.
Mereka adalah:
1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)
– orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.
2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)
– bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.
3. Jiran-jiran Allah
– mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)
11. Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
****
sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
We Are Pro, We Are Detailer
💪EMPAYAR ANAK MUDA
#Any inquiries please click this whatapps link :
🔥http://EmpayarAnakMuda.wasap.my
#MyBlog :
🔥http://bussinespages.blogspot.my/?m=0
#Fanpage :
🔥https://www.facebook.com/ZamirulCarwashMerlimau/
#Fanpages :
🔥www.facebook.com/BerdepanPetronasSebelahCendol/
#Fanpaged :
🔥https://www.facebook.com/AbangMuscle/
#Fanpager :
🔥https://www.facebook.com/Tips-Kurus-Sihat-by-Team_Zulk-544956015853484/
#Group Fb Merlimau :
🔥https://www.facebook.com/groups/1053675194690866/
#Other services :
🔥Sewa Lori 3Tan Kanvas/Bonded
#Any inquiries please click this whatapps link :
🔥http://LoriSewaMelaka.wasap.my
#Kanopi Untuk Disewa :
🔥Arabian / Pyramid
#Any inquiries please click this whatapps link :
🔥http://TunasKanopi.wasap.my
#FansPage :
🔥https://www.facebook.com/Tunas-Canopy-118010984909930/
🔥Nak tumpang iklan boleh pm tepi
🔥#Polish #Coating #Detailing
-Admin EAM-
KEKAYAAN BOCOR KERANA KERETA!!!
Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. Dlm fikiran graduan yg baru kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt altis, jazz, crv, honda civic, Subaru XV, elantra, cerato, accord, jetta, golf dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org keliling.
Tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. Angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month, iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk bayar kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg datang bersama kereta tu.
Instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi keta tersadai kat parking, jarang2 drive sbb tak cukup duit petrol). Keta mahal dah tentu engine oil pakai fully sentetik ada brand...takkan nak pakai minyak enjin murah takda brand? sayang enjin keta tu.
Ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira instalment. Tapi lupa nak masukkan belanja insuran, road tax, petrol & regular service. Lupa nak kira kos insuran utk kereta berharga 90k-150k? Tak arif perihal kos roadtax kereta saiz 2.0 liter? RM450 road tax saja. Insuran pulak 3k-4k. Lupa nak masukkan semua tu dlm kira2 masa beli kereta? Kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..
Keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Keta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Kereta berjenama ni gamak ke nak pakai tayar brand yg teksi pakai? jatuh la stendet. Atau takkan drive Camry pakai tayar seken hand? Malu kat budak2 kedai tayar. hehehe.... Kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.
Kebocoran tanpa sedar. kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua tapi bg duit raya sama mcm yg memandu Altis/Accord/CRV. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik banyak tekanan sekeliling yg meminta supaya dia keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan.
Keta mahal sure kena hantar car wash selalu, takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta pun mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mahal dari kedai biasa. Bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton/perodua nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... semata2 nak jaga gaya mutu & keunggulan.
Normal lah klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very2 costly. hehehe. Apa nak buat... sudah terlanjur.
Ramai org suka kereta. Kereta boleh represent tahap ekonomi seseorg dan imej. Juga kerana hobi. Utk suasana hari ini, pada pemikiran byk orang, jenis kereta blh mengelakkan seseorang dari dipandang rendah oleh org keliling, terutama time balik raya & time nak attend reunion kwn2 sekolah & kwn2 universiti.
Kereta dikatakan 1st impression nak bagi org tengok kita datang naik apa. Imagine kita sampai satu2 majlis dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Persona second hand. Kononnya malu dgn rakan sebaya sbb kereta kurang bergaya. Ada saving byk, ASB penuh laki bini, rumah byk, property byk org tak nampak. Sebab aset2 itu tidak boleh diusung ke sana ke mari spt kereta. Cerita pun org tak percaya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila bersembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn bsembang dgn mamat berkereta saga BLM. Ini menyebabkan mrk berazam berhutang byk2 utk kereta berjenama.
Tanyalah mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad. Buat hutang kereta 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah dia for the next 9 yrs. Kereta tu selepas 9 thn jadi besi buruk, susut nilai 90%. Hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & 'pakej-pakejnya'. Byk investment opportunity lost for the next 9 yrs. Lepas 7/9 thn mesti nak tukar kereta lg. Sbb keta lama dah hilang gempaknya. Maka berhutang lagi 9 tahun.
Klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. Masa tu baru terpikir berapa lama lg aku nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. Org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an melayan hobi, kita pikir nak kerja 10 tahun lagi utk bayar hutang. Umur dah 50-an tapi hari2 masih redah traffic jam. Umur 50-an masih hadap stress di tempat kerja. Dah tua2 masih kena marah dgn boss, kena tekan dgn peers yg jauh lebih muda.
Dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Persona seken hand malu, pinjam duit kawan tak malu. Liat pulak tu nak bayar. Demi kereta sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. Malah pinjam pulak duit org tua.
Ramai sanggup spend beribu tiap2 bulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. Rupanya kereta dia lagi penting.
Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah mrk demi kereta.
-END-
Istilah Kepenjaraan di Malaysia
assalammualaikum...
aku tertarik nk baca benda ni...
baru aku tahu ada perbezaan antara hukuman penjara seumur hidup dgn penjara sepanjang hayat...
ape2 pun...jom la layan benda ni dulu...selamat membaca la woi pe ye pun...
1. PENJARA- Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.
2. SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)- Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.
3.TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
4. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
5. BANDUAN REMAN- Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan.
TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi.
6. BANDUAN JATUH HUKUM- Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah.
Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah.
7. BUDAK NAKAL (JUVANA)- Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney.
8. ORANG TAHANAN (OT)- Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri):
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak.
9. BANDUAN DAGANG (BD)- Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen.
10. BANDUAN AKHIR (BA)- Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah.
11. HUKUMAN SEUMUR HAYAT- Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas
12. HUKUMAN SEUMUR HIDUP- Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun
13. TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG
Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.
mati2 aku pikir penjara seumur hidup tu penjara sampai mampus...rupa2nye bkn....
“Kau abis berapa ribu kahwin haritu Nan?” tanya Zul. Dia bertanya dengan wajah penuh minat. “Banyak juga Zul. Tapi banyaknya mak ayah tolong. Memang sejak dari tahun lepas aku tanya mak ayah aku kalau diorang boleh ‘sponsor’ sikit kalau aku nak kahwin tahun depan. Diorang okay je,” jawab saya santai. Zul mengangguk sambil tangannya bermain-main sebatang pen biru. “Jom gerak pi solat. Kot dapat tido kejap lagi baik.” Saya mengajak. Jam menunjukkan pukul 1.05 petang. Tatkala kami meluncur perlahan menuju ke masjid, Zul bertanya lagi. Kali ini lebih mendalam. “Macam mana kau simpan duit untuk kawin?” “Kenapa? Kau plan nak kawin bila?” Sengaja saya menyoal kembali. Ini masanya mengorek rahsia. Hati saya ketawa. “Kau dah ada orang belum?” Saya menambah soalan. “Aku belum ada orang lagi. Aku nak ada cukup duit baru aku nak fikir pasal kawin. Baru fikir nak cari orang,” jawab Zul serius. Daun-daun pokok di hadapan masjid di Taman Pertama itu berguguran, berbuai ditiup angin. Perlahan. Lalu jatuh menghiasi kereta Proton Wira tua berwarna hijau muda. “Aku nak share sikit tips yang aku dapat daripada senior aku masa aku belajar dekat Manchester dulu. Tips macam mana nak kahwin awal.” Saya mengucapkannya sambil mengukir senyuman. “Apa dia?” Zul tersengih.
“Silap orang muda-muda ialah kita fikir duit dulu baru fikir kahwin. Sedangkan yang sebetulnya, plan kahwin dulu baru fikir duit.” Saya bermain kata-kata.
“Maksudnya?” “Maksudnya. Carilah orangnya dulu. Lepas dah setuju, plan tunang, plan bila nak kahwin.” Nasihat saya sambil berwajah serius. “Masa aku kat Manchester, senior aku belum grad, tapi dia dah dapat tawaran kerja Gamuda. Bakal isteri dia dah dapat Exxon Mobil.” Saya kongsikan padanya cerita sambil ingatan melayang jauh mengenangkan kisah 4 tahun lalu. “Kata senior aku, rancang dulu bila nak kahwin, nanti Allah akan permudahkan jalan.” Ucapan senior saya di Manchester dahulu terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Waktu itu saya di tahun 2 universiti. “Hmmm…” Zul asyik mendengar saya bercerita. Rambutnya yang panjang diusap-usap berulang kali. “Masa aku kat U** S******, aku pun termenung juga bilalah aku nak cukup duit nak kahwin. Dengan gaji bawah 3K di KL, nasib baik duduk dengan mak ayah. Kalau tak lagi tak dapat menyimpan.” Saya menyambung cerita. “Tapi waktu aku tengah sakit kepala pikir pasal duit, aku bincang juga dengan bakal isteri aku pasal tarikh kahwin. Kejap tahun depan, kejap 2 tahun depan. Asyik berubah. Aku sendiri asyik main aplikasi excel di laptop. Cuba juga buat bajet untuk cukup kahwin tahun depan. Akhirnya, kami nekad, tahun 2016 kami nak kahwin.” “Lepas tu apa jadi?” tanya Zul pendek. “Aku dapat offer kerja MRT. Aku berhenti kerja lama aku. Gaji dapatlah lebih sikit kat tempat kerja baru. Alhamdulillah.” Suasana sunyi. Hanya bunyi enjin kereta dan aircond yang kedengaran.
Rezeki Orang Nak Kahwin
“Masa lagi 2 bulan aku nak nikah, aku pening kepala sebab dalam akaun tak cukup lagi duit hantaran. Ikut kira-kira aku, malam 27hb May tu, gaji bulan May masuk baru cukup duit hantaran untuk nikah esok paginya.” Saya bercerita penuh drama. “Fuh. Pastu camna?” Zul menyoal. “Tengah aku runsing. Bulan April masuk gaji. Aku buka akaun bank aku. Tup tup. Cukup duit untuk buat hantaran. Aku terkejut. Mana datang duit banyak ni?” “Esoknya dapat notis e-mel. Semua staff mulai bulan ini dapat elaun untuk kenderaan. Alhamdulilahhhh…. Terus hilang kerisauan aku tak cukup duit nak nikah bulan May.” Senyuman terukir di wajah saya. Ia memori yang menambah rasa syukur dan percaya pada rezeki orang yang mahu berumah tangga. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. An Nur ayat 32 Segala puji hanya milik Allah. Alhamdulillah. Semoga kisah ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang sedang berhempas pulas mengumpul duit untuk berkahwin di luar sana.
Jika kau mempunyai pilihan hati, kahwinlah secepat mungkin. Paling baik, tahun ini. Jangan bertangguh sampai 5, 6 tahun. Memang itu adalah angan-angan saja. Tiada nas dari Al-Quran atau hadis, tetapi berdasarkan pengalaman. Semakin lama couple, semakin banyak masalah yang timbul. Hati pun semakin tak tenang dan amal pun semakin kurang…