Friday, 20 October 2017

Bajet kecil untuk majlis pertunangan

Majlis pertunangan adalah di mana rombongan pihak pengantin lelaki akan masuk merisik dan seterusnya meminang pengantin perempuan serta mengikat tali persetujuan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Sekiranya anda tidak bijak dalam mengatur majlis pertunangan ini akan mengakibatkan anda menelan perbelanjaan yang banyak hingga menyebabkan perkahwinan diadakan agak lewat.

Sedangkan pertunangan itu tidaklah wajib dilakukan dan hanya untuk berkenalan di antara pasangan dengan kaum keluarga.

1. Tidak perlu untuk buat pelamin tunang. Memadai dengan menyarungkannya dalam bilik dan hiaskan bilik dengan cantik dan indah mengikut kreativiti anda.

2. Sekiranya pengantin ingin juga membuat mini pelamin untuk majlis bertunang ini, lakukan secara DIY tanpa mengeluarkan duit kepada perancang majlis.

3. Hantaran tidak perlu terlalu banyak. Memadai dengan memberikan hantaran makanan seperti kek, coklat dan sebagainya.

4. Tidak perlu menjemput tetamu yang ramai. Cukup sekadar saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang dijemput kerana pertunangan hanya perlu dibincangkan sesama ahli keluarga kedua belah pihak.

5. Tidak perlu menempah katering. Mungkin lebih puas dapat menyediakan sendiri hidangan untuk tetamu.

6. Tidak perlu untuk upah mak andam bagi menata rias wajah pengantin. Cukup meminta rakan-rakan yang pandai mekap untuk menghias wajah anda agar kelihatan lebih berseri.

7. Cari rakan atau saudara sebagai jurugambar.

8. Pinjam dulang hantaran daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berkahwin.

9. Baju bertunang yang tidak terlalu mahal, memadai dengan memakai baju kurung atau songket.

No comments:

Post a Comment