Sunday, 26 November 2017

Maksud Tahanan

Istilah Kepenjaraan di Malaysia

assalammualaikum...
aku tertarik nk baca benda ni...
baru aku tahu ada perbezaan antara hukuman penjara seumur hidup dgn penjara sepanjang hayat...
ape2 pun...jom la layan benda ni dulu...selamat membaca la woi pe ye pun...

1. PENJARA- Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.

2. SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)- Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.

3.TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. 

4. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. 

5. BANDUAN REMAN-  Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan. 

 TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
 TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
 TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi. 

6. BANDUAN JATUH HUKUM- Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah. 

 Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
 Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
 Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
 Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
 Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
 Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah.

7. BUDAK NAKAL (JUVANA)- Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney. 

8. ORANG TAHANAN (OT)- Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri): 

 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak. 

9. BANDUAN DAGANG (BD)- Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen. 

10. BANDUAN AKHIR (BA)- Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah. 

11. HUKUMAN SEUMUR HAYAT- Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas 

12. HUKUMAN SEUMUR HIDUP- Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun 

13. TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG

Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.






mati2 aku pikir penjara seumur hidup tu penjara sampai mampus...rupa2nye bkn....

Wednesday, 22 November 2017

Rezeki kahwin

“Kau abis berapa ribu kahwin haritu Nan?” tanya Zul. Dia bertanya dengan wajah penuh minat.   “Banyak juga Zul. Tapi banyaknya mak ayah tolong. Memang sejak dari tahun lepas aku tanya mak ayah aku kalau diorang boleh ‘sponsor’ sikit kalau aku nak kahwin tahun depan. Diorang okay je,” jawab saya santai.   Zul mengangguk sambil tangannya bermain-main sebatang pen biru.   “Jom gerak pi solat. Kot dapat tido kejap lagi baik.” Saya mengajak. Jam menunjukkan pukul 1.05 petang.   Tatkala kami meluncur perlahan menuju ke masjid, Zul bertanya lagi. Kali ini lebih mendalam.   “Macam mana kau simpan duit untuk kawin?”   “Kenapa? Kau plan nak kawin bila?” Sengaja saya menyoal kembali. Ini masanya mengorek rahsia. Hati saya ketawa.   “Kau dah ada orang belum?” Saya menambah soalan.   “Aku belum ada orang lagi. Aku nak ada cukup duit baru aku nak fikir pasal kawin. Baru fikir nak cari orang,” jawab Zul serius. Daun-daun pokok di hadapan masjid di Taman Pertama itu berguguran, berbuai ditiup angin. Perlahan. Lalu jatuh menghiasi kereta Proton Wira tua berwarna hijau muda.   “Aku nak share sikit tips yang aku dapat daripada senior aku masa aku belajar dekat Manchester dulu. Tips macam mana nak kahwin awal.” Saya mengucapkannya sambil mengukir senyuman.   “Apa dia?” Zul tersengih.

“Silap orang muda-muda ialah kita fikir duit dulu baru fikir kahwin. Sedangkan yang sebetulnya, plan kahwin dulu baru fikir duit.” Saya bermain kata-kata.

“Maksudnya?”   “Maksudnya. Carilah orangnya dulu. Lepas dah setuju, plan tunang, plan bila nak kahwin.” Nasihat saya sambil berwajah serius.   “Masa aku kat Manchester, senior aku belum grad, tapi dia dah dapat tawaran kerja Gamuda. Bakal isteri dia dah dapat Exxon Mobil.” Saya kongsikan padanya cerita sambil ingatan melayang jauh mengenangkan kisah 4 tahun lalu.   “Kata senior aku, rancang dulu bila nak kahwin, nanti Allah akan permudahkan jalan.” Ucapan senior saya di Manchester dahulu terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Waktu itu saya di tahun 2 universiti.   “Hmmm…” Zul asyik mendengar saya bercerita. Rambutnya yang panjang diusap-usap berulang kali.   “Masa aku kat U** S******, aku pun termenung juga bilalah aku nak cukup duit nak kahwin. Dengan gaji bawah 3K di KL, nasib baik duduk dengan mak ayah. Kalau tak lagi tak dapat menyimpan.” Saya menyambung cerita.   “Tapi waktu aku tengah sakit kepala pikir pasal duit, aku bincang juga dengan bakal isteri aku pasal tarikh kahwin. Kejap tahun depan, kejap 2 tahun depan. Asyik berubah. Aku sendiri asyik main aplikasi excel di laptop. Cuba juga buat bajet untuk cukup kahwin tahun depan. Akhirnya, kami nekad, tahun 2016 kami nak kahwin.”   “Lepas tu apa jadi?” tanya Zul pendek.   “Aku dapat offer kerja MRT. Aku berhenti kerja lama aku. Gaji dapatlah lebih sikit kat tempat kerja baru. Alhamdulillah.” Suasana sunyi. Hanya bunyi enjin kereta dan aircond yang kedengaran.

Rezeki Orang Nak Kahwin

“Masa lagi 2 bulan aku nak nikah, aku pening kepala sebab dalam akaun tak cukup lagi duit hantaran. Ikut kira-kira aku, malam 27hb May tu, gaji bulan May masuk baru cukup duit hantaran untuk nikah esok paginya.” Saya bercerita penuh drama.   “Fuh. Pastu camna?” Zul menyoal.   “Tengah aku runsing. Bulan April masuk gaji. Aku buka akaun bank aku. Tup tup. Cukup duit untuk buat hantaran. Aku terkejut. Mana datang duit banyak ni?”   “Esoknya dapat notis e-mel. Semua staff mulai bulan ini dapat elaun untuk kenderaan. Alhamdulilahhhh…. Terus hilang kerisauan aku tak cukup duit nak nikah bulan May.” Senyuman terukir di wajah saya. Ia memori yang menambah rasa syukur dan percaya pada rezeki orang yang mahu berumah tangga.     Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. An Nur ayat 32   Segala puji hanya milik Allah. Alhamdulillah.   Semoga kisah ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang sedang berhempas pulas mengumpul duit untuk berkahwin di luar sana.

Jika kau mempunyai pilihan hati, kahwinlah secepat mungkin. Paling baik, tahun ini. Jangan bertangguh sampai 5, 6 tahun. Memang itu adalah angan-angan saja. Tiada nas dari Al-Quran atau hadis, tetapi berdasarkan pengalaman. Semakin lama couple, semakin banyak masalah yang timbul. Hati pun semakin tak tenang dan amal pun semakin kurang… 

Sunday, 19 November 2017

Myvi 2018 . Perlu atau tidak?

GAJI RM2,000 TAK PATUT BELI MYVI 2018.

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, "Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi". Haha. - HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33k, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.

Kredit fb Harith Faisal

Thursday, 16 November 2017

Servis Headlamp Restoration

❗KUSAM HEADLAMP

❗TINTED HEADLAMP

❗KUNING HEADLAMP

❗Memandu malam tak nampak


Kami boleh selesaikan masalah anda. Boleh pilih untuk buat dirumah atau di kedai kami.


Dengan hanya rm140 sahaja proses kerja 1 ke 2 jam , kami mampu membuatkan headlamp anda jernih seperti baru. 


Dengan jaminan 3 - 5 tahun dan 8 pilihan warna


Dengan teknologi terbaru dari AIKKA dan pengalaman kami. Masalah ❗ diatas akan dapat diatasi.


Jom booking slot sebelum penuh


www.wasap.my/60105646970/headlamp

Monday, 13 November 2017

SOP TERBARU PLUS

Shadow Vehicle

Kerja-kerja penutupan ke semua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja-kerja selenggara lebuhraya dilakukan.

Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.

Petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti di atas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada di belakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50Meter dari kenderaan SV.

Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan kerja-kerja seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yang berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara