Apakah kesannya jika menyembur anti karat pada bahagian enjin kereta?
INGIN TAHU,
Jarang pemilik kereta mahu menyemburkan bahan anti karat pada bahagian enjin kereta. Ini kerana, bahagian enjin kebanyakannya diperbuat daripada besi tetuang yang tahan karat selain alumunium di bahagian kepala silinder.
Bahan anti karat hanya diguna di bahagian bawah kereta dan ruang lengkungan tayar. Bahan anti karat itu berasaskan getah tidak tahan panas.
Jangan tambah lapisan cat pada bahagian enjin kerana ia akan menjejas proses pelupusan haba, mengakibatkan enjin menjadi lebih panas daripada yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment