Saturday, 13 August 2022

Coating kereta

Soalan yg slalu saya terima Dan perlu sedikit penerangan

🗣️Coating tu apa boss?

▪️Coating ini memberikan 1lapisan untuk mempertahankan cat kereta dan membuat kereta anda akan sentiasa berkilat dan kelihatan”glossy” dari jauh.

▪️Coating juga perlu kn maintainan coating 2 @ 3bln skali supaya effect coating Nye konsisten

🗣️Apa tujuan sebenar coating nie pada cat kereta?

▪️Tujuan utama coating adalah untuk membantu menambah perlindungan cat kereta dengan cara menambah kekerasan, menambah perlindungan UV, menambah kekuatan dari hakisan yg tidak sepatutnye Dan memudahkan proses pembersihan dan mengekalkan kekilat kereta.

Nk coating ? 

www.wasap.my/60147352636

Saturday, 6 August 2022

Antirust kereta

Salam semua. Kami di MRL STATION telah banyak direkemen oleh pelanggan. Lokasi kami di bachang dan juga merlimau melaka. Boleh hubungi kami untuk booking slot. Tempoh masa bergantung antara 4 ke 5 jam untuk sebuah kereta.  014 tujuh tiga lima dua enam tiga enam

Wednesday, 22 June 2022

Cerai pasal pengotor

BERCERAI SEBAB ISTERI MAKAN DALAM KERETA. 
.
.
Ini bukan auta, ini fakta.
Ia merupakan salah satu dari 23 alasan remeh punca cerai.
.
Mungkin si suami tu tak tahu yang kereta kotor boleh dibersihkan. 
.
.
"Seat fabrik saya kotor gila. Mahal tak kalau saya nak balut sarung baru? Tak akan nak raya dengan seat kotor ni.." 
.
.
"Anak saya asyik sakit aje. Kulit dia selalu gatal-gatal bila duduk dalam kereta. Macam mana nak beraya jauh ni.."
.
.
"Kereta saya baru beli tak sampai setahun, tapi warna dia dah tak menarik. Nak spray baru sebelum raya ni duit tak cukup pulak.."
.
.
"Lampu kereta myvi saya tengok cepat sangat kuning. Nak tukar baru mahal pulak tu. Nak bawak beraya rumah bakal mentua pun segan. Leceh la nak jaga kereta ni.."
.
.
Anda tak tahu nak buat apa untuk kekalkan kecantikan kereta anda; LUAR dan DALAM?
.
.
7 Masalah utama yang sering kami selesaikan dan kenapa MRL dapat membantu anda menghadapi hari raya kali ini dengan gembira!
.
[✔] Kereta calar tapi nak polish mahal kosnya, Kami ada pakej yang boleh work around budget korang.
.
[✔] Kereta kusam tapi kedai lain suruh polish 2, 3 layer; Kami kata scrubbing yang lebih memberi penjimatan.

[✔] Cermin penuh water mark, mengganggu jiwa dan ketenangan hati para car lover. Kami boleh settlekan.

[✔] Lampu hadapan kuning! Orang tak tahu yang kami boleh pulihkan ia.

[✔] Interior kereta, seat kereta kotor. Kami ada kelengkapan penuh untuk membersihkannya. Pasti nampak seperti baru!

[✔] Nak wax, tapi wax hasilnya tak menarik. Kami ada pelbagai jenis wax untuk dipilih dan pastinya hasil berbeza.

[✔] Enjin kotor, mekanik suruh cuci sebelum repair. Kami ada kelengkapan yang sesuai untuk mencuci engin tanpa merosakkan komponennya. 
.
.
Tak tahu apa yang perlu dibuat untuk kekalkan kecantikan kereta? Kami beri advice dan Consultation secara PERCUMA!
.
.
Anda berminat nak kami bantu anda dapatkan kereta yang cantik dan bersih sehingga adik-beradik, saudara-mara dan ipar-duai ingat anda beli kereta baru sempena raya ni?
.
.
Dapatkan HARGA dan khidmat nasihat untuk kereta anda secara PERCUMA bersama team MRL
.
KLIK LINK DI BAWAH INI:
www.wasap.my/60147352636/SAYANAKPAKEJRAYA
www.wasap.my/60147352636/SAYANAKPAKEJRAYA
www.wasap.my/60147352636/SAYANAKPAKEJRAYA

atau

Komen "MRL" untuk kami bantu anda sekarang!

#MRL

Thursday, 15 July 2021

Waxing Kereta

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wax Kereta?

Wax digunakan selepas kereta dibasuh dan kereta yang dah dipolish. Fungsinya adalah untuk menambahkan lapisan berkilat pada kereta dan sebagai lapisan perlindungan.

Kebaikan waxing kereta:

  • Kereta anda akan dilindungi dari sinaran UV.
  • Mencegah kereta anda daripada pencemaran dan habuk lain. 
  • Lapisan wax akan mengurangkan lembapan daripada terkena cat. Lembapan inilah yang akan menyebabkan air terkena cat dan cat akan terhakis.

Oleh sebab itu ramai yang padankan polish kereta dengan wax terus. 

Polish untuk cuci manakala wax untuk perlindungan dan mengilatkan kereta.

Polish Kereta

“Harus ke polish kereta sepanjang masa? Lecehnya!”

Sebenarnya, penjagaan kereta ini memang penting. Kalau dalamnya bersih, luarnya mesti lagi tiptop. Tapi masalahnya, kereta memang senang calar. Takkan perlu nak polish setiap masa pula? 

Buat anda yang masih tidak belum menemui sebab untuk menggilap kereta anda, artikel ini memberikan pencerahan yang dapat menyakinkan anda untuk polish kereta.

Jangan terkeliru dengan waxing kereta. Polish ini sebenarnya dilakukan sebelum wax kereta. 

Fungsi polish adalah untuk:

  • menghilangkan kesan minyak, gris, lecah tanah, lumpur, calar. 
  • Analagi mudah; polish kereta adalah seperti facial muka.

Ada beberapa jenis bentuk polish

Ada yang jenis krim, cecair dan semburan yang ada sebatian bahan pelarut untuk menghilangkan kotoran menjadikan cat bersinar.

Polish akan mengeluarkan kotoran tetapi tidak dapat memberikan sebarang perlindungan pada permukaan kereta

Anda ada kereta berwarna putih? Mesti kurang gemar kalau terpaksa memandu di kawasan tanah berlumpur.

Tambahan pula, campuran tanah itu bukan sahaja ada batu kecil, malah mungkin ada batu yang besar serta ranting kayu.

Jadi kebarangkalian kereta anda calar amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memiliki kereta berwarna putih.

Tapi jangan ingat kereta warna lain juga selamat. Walaupun kesan calar agak kurang jelas pada kereta berwarna, ini tidak bermakna anda tak perlu polish kereta.

Jadi kalau anda rasa kesan calar kereta dah terlalu banyak  terutama sekali pada bahagian berhampiran dengan tayar, bolehlah anda tanya kami di Facebook, “Hello ada buat polish kereta ke?” (Mestilah ada).

Kredit : ketukcatkereta.com


Fakta menarik tentang Proton Wira

Keluarga Proton Wira ialah kereta yang paling popular sepanjang pengeluarannya yang bermula pada tahun 1993. Proton Wira dihasilkan untuk memastikan Proton terus berdaya-saing dari segi teknologi.

Ini kerana kereta-kereta sedan keluarga ketika itu seperti Honda Civic, Toyota Corolla dan Nissan Sentra hadir dengan pelbagai teknologi moden yang menarik. Antaranya  enjin berbilang injap, sistem suntikan bahan api elektronik dan sistem gantungan jenis bebas. Hampir semua ciri tersebut tidak boleh didapati pada model Proton Iswara ketika itu.

Wira juga ialah kereta pertama Proton yang hadir di dalam satu ‘keluarga’. Kereta yang berkongsi casis sama untuk pelbagai jenis reka bentuk badan dan pilihan enjin.

Berdasarkan model Mitsubishi Lancer generasi keempat, Wira hadir dengan hampir semua pilihan bentuk badan yang ditawarkan oleh kembarnya itu seperti sedan, hatchback, aeroback dan coupe (wagon je yang tak buat).

Pada tahun 2002, Proton mengejutkan orang ramai apabila mereka melancarkan model versi pikap yang dinamakan Arena – satu jenis bentuk badan yang Mitsubishi sendiri tak pernah keluarkan!

Keluarga Wira didatangkan dengan pelbagai pilihan enjin. Bermula daripada enjin 1.3 dan 1.5 liter yang turut digunakan oleh Iswara, enjin 1.6 liter 16 injap dengan sistem pancitan bahan api elektronik dan enjin 1.8 liter DOHC 16 injap. Paling tak disangka, , pilihan enjin diesel 2,000cc! Model ini terus dihasilkan sebelum ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2007.

Pilihan jenis badan dan enjin yang ditawarkan oleh Proton ketika itu amat mengujakan pembeli. Tidak keterlaluan jika saya katakan, era Wira menjadi zaman kegemilangan Proton.

Selepas 20 tahun, keluarga Wira ini masih mampu menarik pembeli oleh kerana harga pasaran terpakainya yang murah. Bagaimanapun, populariti model ini di Malaysia juga membuatkan harga aksesori JDM dan half-cut yang berkaitan dengannya menjadi agak mahal.

Kredit : Mekanika malaysia



Tuesday, 23 March 2021

HEADLAMP

❗KUSAM HEADLAMP
❗TINTED HEADLAMP
❗KUNING HEADLAMP
❗Memandu malam tak nampak

Kami boleh selesaikan masalah anda. Boleh pilih untuk buat dirumah atau di kedai kami.

Dengan hanya rm140 sahaja proses kerja 1 ke 2 jam , kami mampu membuatkan headlamp anda jernih seperti baru. 

Dengan jaminan 3 - 5 tahun dan 8 pilihan warna

Dengan teknologi terbaru dari AIKKA dan pengalaman kami. Masalah ❗ diatas akan dapat diatasi.

Jom booking slot sebelum penuh

www.wasap.my/60105646970/headlamp