“Harus ke polish kereta sepanjang masa? Lecehnya!”
Sebenarnya, penjagaan kereta ini memang penting. Kalau dalamnya bersih, luarnya mesti lagi tiptop. Tapi masalahnya, kereta memang senang calar. Takkan perlu nak polish setiap masa pula?
Buat anda yang masih tidak belum menemui sebab untuk menggilap kereta anda, artikel ini memberikan pencerahan yang dapat menyakinkan anda untuk polish kereta.
Jangan terkeliru dengan waxing kereta. Polish ini sebenarnya dilakukan sebelum wax kereta.
Fungsi polish adalah untuk:
- menghilangkan kesan minyak, gris, lecah tanah, lumpur, calar.
- Analagi mudah; polish kereta adalah seperti facial muka.
Ada beberapa jenis bentuk polish.
Ada yang jenis krim, cecair dan semburan yang ada sebatian bahan pelarut untuk menghilangkan kotoran menjadikan cat bersinar.
Polish akan mengeluarkan kotoran tetapi tidak dapat memberikan sebarang perlindungan pada permukaan kereta
Anda ada kereta berwarna putih? Mesti kurang gemar kalau terpaksa memandu di kawasan tanah berlumpur.
Tambahan pula, campuran tanah itu bukan sahaja ada batu kecil, malah mungkin ada batu yang besar serta ranting kayu.
Jadi kebarangkalian kereta anda calar amatlah tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memiliki kereta berwarna putih.
Tapi jangan ingat kereta warna lain juga selamat. Walaupun kesan calar agak kurang jelas pada kereta berwarna, ini tidak bermakna anda tak perlu polish kereta.
Jadi kalau anda rasa kesan calar kereta dah terlalu banyak terutama sekali pada bahagian berhampiran dengan tayar, bolehlah anda tanya kami di Facebook, “Hello ada buat polish kereta ke?” (Mestilah ada).
Kredit : ketukcatkereta.com
No comments:
Post a Comment