Monday, 11 December 2017

Bocor kerana kereta

KEKAYAAN BOCOR KERANA KERETA!!!

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg instalment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan....? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. Dlm fikiran graduan yg baru kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt altis, jazz, crv, honda civic, Subaru XV, elantra, cerato, accord, jetta, golf dll kereta yg nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata org keliling.

Tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. Angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month, iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk bayar kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg datang bersama kereta tu.

Instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi keta tersadai kat parking, jarang2 drive sbb tak cukup duit petrol). Keta mahal dah tentu engine oil pakai fully sentetik ada brand...takkan nak pakai minyak enjin murah takda brand? sayang enjin keta tu.

Ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira instalment. Tapi lupa nak masukkan belanja insuran, road tax, petrol & regular service. Lupa nak kira kos insuran utk kereta berharga 90k-150k? Tak arif perihal kos roadtax kereta saiz 2.0 liter? RM450 road tax saja. Insuran pulak 3k-4k. Lupa nak masukkan semua tu dlm kira2 masa beli kereta? Kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

Keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Keta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Kereta berjenama ni gamak ke nak pakai tayar brand yg teksi pakai? jatuh la stendet. Atau takkan drive Camry pakai tayar seken hand? Malu kat budak2 kedai tayar. hehehe.... Kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua tapi bg duit raya sama mcm yg memandu Altis/Accord/CRV. so bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik banyak tekanan sekeliling yg meminta supaya dia keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan.

Keta mahal sure kena hantar car wash selalu, takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta pun mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mahal dari kedai biasa. Bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton/perodua nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... semata2 nak jaga gaya mutu & keunggulan.

Normal lah klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very2 costly. hehehe. Apa nak buat... sudah terlanjur.

Ramai org suka kereta. Kereta boleh represent tahap ekonomi seseorg dan imej. Juga kerana hobi. Utk suasana hari ini, pada pemikiran byk orang, jenis kereta blh mengelakkan seseorang dari dipandang rendah oleh org keliling, terutama time balik raya & time nak attend reunion kwn2 sekolah & kwn2 universiti.

Kereta dikatakan 1st impression nak bagi org tengok kita datang naik apa. Imagine kita sampai satu2 majlis dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Persona second hand. Kononnya malu dgn rakan sebaya sbb kereta kurang bergaya. Ada saving byk, ASB penuh laki bini, rumah byk, property byk org tak nampak. Sebab aset2 itu tidak boleh diusung ke sana ke mari spt kereta. Cerita pun org tak percaya. dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila bersembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn bsembang dgn mamat berkereta saga BLM. Ini menyebabkan mrk berazam berhutang byk2 utk kereta berjenama.

Tanyalah mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad. Buat hutang kereta 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah dia for the next 9 yrs. Kereta tu selepas 9 thn jadi besi buruk, susut nilai 90%. Hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & 'pakej-pakejnya'. Byk investment opportunity lost for the next 9 yrs. Lepas 7/9 thn mesti nak tukar kereta lg. Sbb keta lama dah hilang gempaknya. Maka berhutang lagi 9 tahun.

Klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. Masa tu baru terpikir berapa lama lg aku nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. Org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an melayan hobi, kita pikir nak kerja 10 tahun lagi utk bayar hutang. Umur dah 50-an tapi hari2 masih redah traffic jam. Umur 50-an masih hadap stress di tempat kerja. Dah tua2 masih kena marah dgn boss, kena tekan dgn peers yg jauh lebih muda.

Dan yg paling malang..................................... byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Persona seken hand malu, pinjam duit kawan tak malu. Liat pulak tu nak bayar. Demi kereta sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. Malah pinjam pulak duit org tua.

Ramai sanggup spend beribu tiap2 bulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. Rupanya kereta dia lagi penting.

Menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah mrk demi kereta.

-END-

Sunday, 26 November 2017

Maksud Tahanan

Istilah Kepenjaraan di Malaysia

assalammualaikum...
aku tertarik nk baca benda ni...
baru aku tahu ada perbezaan antara hukuman penjara seumur hidup dgn penjara sepanjang hayat...
ape2 pun...jom la layan benda ni dulu...selamat membaca la woi pe ye pun...

1. PENJARA- Untuk menahan banduan yang belum dan yang telah dijatuhi hukuman penjara.

2. SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)- Untuk menahan penghuni berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Juvana.

3.TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN (TTP)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. 

4. PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)- Untuk menahan orang tahanan yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. 

5. BANDUAN REMAN-  Terdiri daripada orang yang ditahan di penjara sementara menunggu untuk dibicarakan. 

 TAHANAN MAHKAMAH RENDAH (TMR)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Rendah.
 TAHANAN MAHKAMAH SESYEN (TMS)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Sesyen.
 TAHANAN MAHKAMAH TINGGI (TMT)
Mereka yang ditahan sementara atas Perintah Mahkamah Tinggi. 

6. BANDUAN JATUH HUKUM- Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah. 

 Hukuman lama
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh atau yang melebihi enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya ialah atau melebihi enam bulan.
 Hukuman Singkat
Ertinya seseorang banduan yang dihukum penjara bagi suatu tempoh kurang daripada enam bulan atau bagi tempoh berturut-turut yang jumlahnya kurang daripada enam bulan.
 Banduan Pertama Kali
Ertinya seseorang banduan yang pertama kali disabitkan dan dimasukkan ke dalam penjara.
 Banduan Berulang Kali
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulangkali masuk penjara
 Banduan Muda
Terdiri daripada banduan yang berumur kurang daripada 21 tahun yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
 Banduan Dadah
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan kesalahan kerana terlibat dengan kes-kes dadah oleh pihak mahkamah.

7. BUDAK NAKAL (JUVANA)- Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Juvana dan mereka ini ditempatkan di Sekolah Henry Gurney. 

8. ORANG TAHANAN (OT)- Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh pihak berkuasa (Menteri Dalam Negeri): 

 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
Mereka ini ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan.
 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.
 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Mereka ini ditempatkan di Pusat Pemulihan Akhlak. 

9. BANDUAN DAGANG (BD)- Adalah warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka. Mereka terdiri daripada banduan yang telah tamat menjalani hukuman penjara dan juga mereka yang ditahan terus di penjara di bawah Akta Imigresen. 

10. BANDUAN AKHIR (BA)- Banduan yang dikelaskan sebagai banduan risiko tinggi dan terdiri daripada mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah. 

11. HUKUMAN SEUMUR HAYAT- Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat mereka dan tiada tarikh bebas 

12. HUKUMAN SEUMUR HIDUP- Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun 

13. TAHANAN LIMPAH SULTAN/GABENOR/YANG DI-PERTUAN AGONG

Banduan yang boleh dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati atas sebab banduan tersebut masih di bawah umur (juvana) atau ditakrifkan oleh pihak perubatan sebagai orang yang tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas dan pembebasannya hanya melalui pengampunan oleh Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong termasuk banduan gila yang ditahan di rumah sakit jiwa atas limpah Sultan/Gabenor/Yang di-Pertuan Agong.






mati2 aku pikir penjara seumur hidup tu penjara sampai mampus...rupa2nye bkn....

Wednesday, 22 November 2017

Rezeki kahwin

“Kau abis berapa ribu kahwin haritu Nan?” tanya Zul. Dia bertanya dengan wajah penuh minat.   “Banyak juga Zul. Tapi banyaknya mak ayah tolong. Memang sejak dari tahun lepas aku tanya mak ayah aku kalau diorang boleh ‘sponsor’ sikit kalau aku nak kahwin tahun depan. Diorang okay je,” jawab saya santai.   Zul mengangguk sambil tangannya bermain-main sebatang pen biru.   “Jom gerak pi solat. Kot dapat tido kejap lagi baik.” Saya mengajak. Jam menunjukkan pukul 1.05 petang.   Tatkala kami meluncur perlahan menuju ke masjid, Zul bertanya lagi. Kali ini lebih mendalam.   “Macam mana kau simpan duit untuk kawin?”   “Kenapa? Kau plan nak kawin bila?” Sengaja saya menyoal kembali. Ini masanya mengorek rahsia. Hati saya ketawa.   “Kau dah ada orang belum?” Saya menambah soalan.   “Aku belum ada orang lagi. Aku nak ada cukup duit baru aku nak fikir pasal kawin. Baru fikir nak cari orang,” jawab Zul serius. Daun-daun pokok di hadapan masjid di Taman Pertama itu berguguran, berbuai ditiup angin. Perlahan. Lalu jatuh menghiasi kereta Proton Wira tua berwarna hijau muda.   “Aku nak share sikit tips yang aku dapat daripada senior aku masa aku belajar dekat Manchester dulu. Tips macam mana nak kahwin awal.” Saya mengucapkannya sambil mengukir senyuman.   “Apa dia?” Zul tersengih.

“Silap orang muda-muda ialah kita fikir duit dulu baru fikir kahwin. Sedangkan yang sebetulnya, plan kahwin dulu baru fikir duit.” Saya bermain kata-kata.

“Maksudnya?”   “Maksudnya. Carilah orangnya dulu. Lepas dah setuju, plan tunang, plan bila nak kahwin.” Nasihat saya sambil berwajah serius.   “Masa aku kat Manchester, senior aku belum grad, tapi dia dah dapat tawaran kerja Gamuda. Bakal isteri dia dah dapat Exxon Mobil.” Saya kongsikan padanya cerita sambil ingatan melayang jauh mengenangkan kisah 4 tahun lalu.   “Kata senior aku, rancang dulu bila nak kahwin, nanti Allah akan permudahkan jalan.” Ucapan senior saya di Manchester dahulu terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Waktu itu saya di tahun 2 universiti.   “Hmmm…” Zul asyik mendengar saya bercerita. Rambutnya yang panjang diusap-usap berulang kali.   “Masa aku kat U** S******, aku pun termenung juga bilalah aku nak cukup duit nak kahwin. Dengan gaji bawah 3K di KL, nasib baik duduk dengan mak ayah. Kalau tak lagi tak dapat menyimpan.” Saya menyambung cerita.   “Tapi waktu aku tengah sakit kepala pikir pasal duit, aku bincang juga dengan bakal isteri aku pasal tarikh kahwin. Kejap tahun depan, kejap 2 tahun depan. Asyik berubah. Aku sendiri asyik main aplikasi excel di laptop. Cuba juga buat bajet untuk cukup kahwin tahun depan. Akhirnya, kami nekad, tahun 2016 kami nak kahwin.”   “Lepas tu apa jadi?” tanya Zul pendek.   “Aku dapat offer kerja MRT. Aku berhenti kerja lama aku. Gaji dapatlah lebih sikit kat tempat kerja baru. Alhamdulillah.” Suasana sunyi. Hanya bunyi enjin kereta dan aircond yang kedengaran.

Rezeki Orang Nak Kahwin

“Masa lagi 2 bulan aku nak nikah, aku pening kepala sebab dalam akaun tak cukup lagi duit hantaran. Ikut kira-kira aku, malam 27hb May tu, gaji bulan May masuk baru cukup duit hantaran untuk nikah esok paginya.” Saya bercerita penuh drama.   “Fuh. Pastu camna?” Zul menyoal.   “Tengah aku runsing. Bulan April masuk gaji. Aku buka akaun bank aku. Tup tup. Cukup duit untuk buat hantaran. Aku terkejut. Mana datang duit banyak ni?”   “Esoknya dapat notis e-mel. Semua staff mulai bulan ini dapat elaun untuk kenderaan. Alhamdulilahhhh…. Terus hilang kerisauan aku tak cukup duit nak nikah bulan May.” Senyuman terukir di wajah saya. Ia memori yang menambah rasa syukur dan percaya pada rezeki orang yang mahu berumah tangga.     Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. An Nur ayat 32   Segala puji hanya milik Allah. Alhamdulillah.   Semoga kisah ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang sedang berhempas pulas mengumpul duit untuk berkahwin di luar sana.

Jika kau mempunyai pilihan hati, kahwinlah secepat mungkin. Paling baik, tahun ini. Jangan bertangguh sampai 5, 6 tahun. Memang itu adalah angan-angan saja. Tiada nas dari Al-Quran atau hadis, tetapi berdasarkan pengalaman. Semakin lama couple, semakin banyak masalah yang timbul. Hati pun semakin tak tenang dan amal pun semakin kurang… 

Sunday, 19 November 2017

Myvi 2018 . Perlu atau tidak?

GAJI RM2,000 TAK PATUT BELI MYVI 2018.

1. Kalau bujang gaji RM2,000 tak payahlah pakai Myvi 2018 tu. Tunggu dululah. Naik motor pun dah okay. Motor biasa ya, bukan superbike idaman anak muda yang mahal gila. Padahal kalau hujan, basah kuyup juga.

2. Harga kereta yang patut kita beli harganya setahun gaji. RM2,000 x 12 baru dapat RM24,000. Beli kereta harga begini. Atau tunggu gaji naik lagi.

3. Kalau dah terbeli, susah nak mula menyimpan 30% gaji untuk tabung deposit rumah. RM2,000 x 30% = RM600. Nak simpan 10% gaji pun belum tentu boleh.

4. Kereta RM500, minyak RM200, tol RM200, servis RM100, sewa bilik RM300, parking RM200, makan RM300, ibu bapa RM200. Duit habis tiada simpanan. Takaful untuk perlindungan langsung tiada.

5. Lain orang berbeza keutamaan. Tapi ramai tak sedar, lebih baik beli rumah dulu barulah kereta. Lainlah kalau kita gaji besar. Setakat Myvi, pandang sebelah mata. DSR pun tak terkesan sangat. Apa-apa pun, buatlah kira-kira.

6. Kalau dah berkahwin, dah ada satu kereta, tak perlu tambah Myvi 2018 kalau pergi kerja pun ikut jalan sama. Pergi kerja sama-sama lebih romantik dan bahagia.

7. Jangan ikut cakap orang suruh beli kereta kedua. Sebab yang lebih faham keperluan keluarga kita bukan mereka tapi kita. Kalau mereka nak tolong bayar, takpa juga.

8. Tabung rumah lebih utama berbanding Myvi 2018, melainkan kita sanggup hidup menyewa lama-lama. Hidup menyewa lama pun takpa sebenarnya, asalkan dah ada rumah lain atas nama kita.

9. Cakap banyak pun tak guna, jom kira berapa gaji minimum patut ada untuk beli Myvi 2018 yang paling murah. RM44,300 / 12 = RM3,691. Ouh, gaji kena RM3,691 rupa-rupanya.

10. Sebelum buat keputusan beli Myvi 2018, fikir dulu beza LAYAK, MAMPU dan PERLU. Kalau semua dah okay, barulah pergi ke showroom dan order, "Bro, bagi gua Myvi 2018 seketul, bungkus ikat tepi". Haha. - HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

Nota: Kami laki bini bekerja. Pakai satu kereta saja buat masa ini. Beli kereta baru tu pada Januari 2016 dengan harga RM33k, dapat rebat RM3K. Jadi kereta tu dibeli pada harga RM30K. RM30K / 12 = RM2,500. Kereta saya tu patut dibeli oleh orang bergaji RM2,500.

Kredit fb Harith Faisal

Thursday, 16 November 2017

Servis Headlamp Restoration

❗KUSAM HEADLAMP

❗TINTED HEADLAMP

❗KUNING HEADLAMP

❗Memandu malam tak nampak


Kami boleh selesaikan masalah anda. Boleh pilih untuk buat dirumah atau di kedai kami.


Dengan hanya rm140 sahaja proses kerja 1 ke 2 jam , kami mampu membuatkan headlamp anda jernih seperti baru. 


Dengan jaminan 3 - 5 tahun dan 8 pilihan warna


Dengan teknologi terbaru dari AIKKA dan pengalaman kami. Masalah ❗ diatas akan dapat diatasi.


Jom booking slot sebelum penuh


www.wasap.my/60105646970/headlamp

Monday, 13 November 2017

SOP TERBARU PLUS

Shadow Vehicle

Kerja-kerja penutupan ke semua lorong ini dinamakan 'SHADOW VEHICLE'. Ini adalah SOP keselamatan terbaru di lebuhraya PLUS, ia dilakukan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan di lokasi dan bertujuan untuk melindungi pekerja/petugas lebuhraya dengan pengguna lebuhraya dari terlibat kemalangan semasa kerja-kerja selenggara lebuhraya dilakukan.

Kenderaan (SV) Shadow Vehicle ini akan masuk ke setiap lorong di lebuhraya secara berperingkat bermula dari lorong kiri hingga ke lorong kanan sehingga kenderaan SV berada di setiap lorong.

Petugas SV ini akan memperlahankan kenderaan mereka secara berperingkat sehingga hampir 10-20km/j dan kadangkala akan berhenti di atas lebuhraya. Pengguna lebuhraya yang berada di belakang kenderaan SV ini harus memperlahankan kenderaan mengikut kelajuan SV dan pastikan jarak selamat 50Meter dari kenderaan SV.

Situasi ini hanya mengambil masa dari 5 hingga ke 10 minit. Ketika SV ini berlangsung, terdapat pekerja/petugas lebuhraya dihadapan sana 200-300meter dari anda sedang melakukan kerja-kerja seperti mengalihkan/membuang objek serpihan tayar/kayu/besi/bangkai haiwan/dll yang berada di atas lebuhraya, menampal lubang (pothole) atau penutupan lorong untuk kerja-kerja selenggara

Friday, 20 October 2017

Bajet kecil untuk majlis pertunangan

Majlis pertunangan adalah di mana rombongan pihak pengantin lelaki akan masuk merisik dan seterusnya meminang pengantin perempuan serta mengikat tali persetujuan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Sekiranya anda tidak bijak dalam mengatur majlis pertunangan ini akan mengakibatkan anda menelan perbelanjaan yang banyak hingga menyebabkan perkahwinan diadakan agak lewat.

Sedangkan pertunangan itu tidaklah wajib dilakukan dan hanya untuk berkenalan di antara pasangan dengan kaum keluarga.

1. Tidak perlu untuk buat pelamin tunang. Memadai dengan menyarungkannya dalam bilik dan hiaskan bilik dengan cantik dan indah mengikut kreativiti anda.

2. Sekiranya pengantin ingin juga membuat mini pelamin untuk majlis bertunang ini, lakukan secara DIY tanpa mengeluarkan duit kepada perancang majlis.

3. Hantaran tidak perlu terlalu banyak. Memadai dengan memberikan hantaran makanan seperti kek, coklat dan sebagainya.

4. Tidak perlu menjemput tetamu yang ramai. Cukup sekadar saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang dijemput kerana pertunangan hanya perlu dibincangkan sesama ahli keluarga kedua belah pihak.

5. Tidak perlu menempah katering. Mungkin lebih puas dapat menyediakan sendiri hidangan untuk tetamu.

6. Tidak perlu untuk upah mak andam bagi menata rias wajah pengantin. Cukup meminta rakan-rakan yang pandai mekap untuk menghias wajah anda agar kelihatan lebih berseri.

7. Cari rakan atau saudara sebagai jurugambar.

8. Pinjam dulang hantaran daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berkahwin.

9. Baju bertunang yang tidak terlalu mahal, memadai dengan memakai baju kurung atau songket.

Monday, 16 October 2017

Sedekah

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).
Inisiatif - sedekah: Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

Inisiatif - sedekah: Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
Inisiatif - sedekah: Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan

Inisiatif- sedekah: Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

Inisiatif- sedekah: Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

Inisiatif- sedekah: Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
Inisiatif - sedekah: Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

Inisiatif - sedekah: Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
Inisiatif- sedekah: Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

Inisiatif - sedekah: Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
Inisaitif sedekah- Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal
Inisaitif- sedekah: Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. ..

Selamat bersedekah
*Kredit untuk penulisnya, viral dari Whattssap*
Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

Sunday, 15 October 2017

CARWASH MERLIMAU SIGNITURE DETAILING

Kami tampil untuk menjelaskan isu SIGNATURE DETAILING kami,  SERVIS INI HANYA DIBUAT PADA SABTU AHAD SAHAJA

#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
(untuk tentukan saiz kenderaan anda atau mempunyai sebarang soalan atau ingin booking slot)

BOOKING AWAL SEBELUM JUMAAT , kami akan berikan anda servis pada harga mampu milik dan basuh seperti dirumah dengan kelengkapan yang mencukupi.

#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
(untuk tentukan saiz kenderaan anda atau mempunyai sebarang soalan atau ingin booking slot)

Lame ke dik perlu tunggu?  NORMAL WASH SAHAJA 3JAM BARU SIAP !! !! !! Kami akan buat pickup and delivery.

#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
(untuk tentukan saiz kenderaan anda atau mempunyai sebarang soalan atau ingin booking slot)

Apa yang pelanggan akan dapat :

👉SABUN GOLDCLASS (SHAMPOO & CONDITIONER)

👉CUCIAN ENJIN MEGUIARS (CARCARE PRODUCT)

👉WAX COATING MADE IN JAPAN (APPLY MANUALLY)

👉VAKUUM

👉INTERIOR SUPREME SHINE MEGUIARS(MORE SHINE)

👉WINDOW COATING (WATER REPELLENT)

👉ENDURANCE TYRE GEL MEGUIARS(LAST HOLD)

#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
(untuk tentukan saiz kenderaan anda atau mempunyai sebarang soalan atau ingin booking slot)

Tak Cukup lagi? Macam tu kami tambah Free Item yang tak boleh buat kat rumah.

👉FREE CLAY
👉FREE CARPET CLEANING
👉FREE TAR SPOT REMOVER
👉FREE OPEN DOOR SCRATCH REMOVER
👉FREE STICKER REMOVER (DEPEND)

👉ADD ON RM100 for Scrubbing or Polish 1Step (Menghilangkan CALAR dan SWIRLMARK halus)

👉ADD ON RM20 FOR FOGGING/NANO-MIST

#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
(untuk tentukan saiz kenderaan anda atau mempunyai sebarang soalan atau ingin booking slot)

Booking segera.  Kami hanya lakukan servis ini pada SABTU dan AHAD SAHAJA. Basuh di carwash, 100% HAND MADE CARWASH MERLIMAU SIGNATURE  DETAILING !!  !! !!

Harga?  Tak perlu pm lagi.  BUKAN 400 , BUKAN 250 , BUKAN 180 .

S : RM 75
M : RM 90
L : RM 110
XL : RM 130
XXL : RM150

We Are Pro,  We Are Detailer

#💪EmpayarAnakMuda
#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
#💪http://bussinespages.blogspot.my/?m=0
#💪CarwashMerlimau
#💪KeepStrong
#💪PolishAndWax
#💪BerdepanPetronasMerlimau, SebelahCendol
#💪COATING
#💪PickupAndDelivery
#💪RezekiAllah
#💪QualityAndCertifiedProduct
#💪https://www.facebook.com/ZamirulCarwashMerlimau/
#💪https://www.facebook.com/groups/1053675194690866/

Friday, 13 October 2017

Superjimat

Bismillahirahmanirahim,  HANYA SABTU AHAD SAHAJA kami menerima booking untuk servis cucian HAND MADE terbaik untuk 2 biji kenderaan bertuah pada harga mampu milik dan basuh seperti dirumah.  Tak boleh tunggu?  Kami akan buat pickup and delivery.  NORMAL WASH SAHAJA 3JAM BARU SIAP !! !! !! Apa yang pelanggan akan dapat :

👉SABUN GOLDCLASS (SHAMPOO & CONDITIONER)
👉CUCIAN ENJIN MEGUIARS (CARCARE PRODUCT)
👉WAX COATING MADE IN JAPAN (APPLY MANUALLY)
👉VAKUUM
👉INTERIOR SUPREME SHINE MEGUIARS(MORE SHINE)
👉WINDOW COATING (WATER REPELLENT)
👉ENDURANCE TYRE GEL MEGUIARS(LAST HOLD)

Tak Cukup lagi? Macam tu kami tambah Free Item yang tak boleh buat kat rumah.

👉FREE CLAY
👉FREE CARPET CLEANING
👉FREE TAR SPOT REMOVER
👉FREE OPEN DOOR SCRATCH REMOVER
👉FREE STICKER REMOVER (DEPEND)

👉ADD ON RM100 for Scrubbing or Polish 1Step
👉ADD ON RM20 FOR FOGGING/NANO-MIST

Kami tak janji tapi pasti kami akan pastikan hasil yang lebih baik dari yang terbaik.

Booking segera.  Kami hanya buat servis ini pada sabtu dan ahad sahaja. Basuh di carwash, 100% HAND MADE!  !! !!

Harga?  Tak perlu pm lagi.  BUKAN 400 , BUKAN 250 , BUKAN 180 .

RM 90 SAHAJA‼‼‼

Rm90 for sedan
Rm110 for mini mpv 4x4
Rm 130 for big mpv

7 Servis in a Row excluded 4 Free Gift Servis

Only for saturday and sunday.

Booked now or any inquiries please do not hesitate to reach us

We Are Pro,  We Are Detailer

#💪EmpayarAnakMuda
#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
#💪CarwashMerlimau
#💪KeepStrong
#💪PolishAndWax
#💪BerdepanPetronasMerlimau, SebelahCendol
#💪COATING
#💪PickupAndDelivery
#💪RezekiAllah
#💪QualityAndCertifiedProduct
#💪https://www.facebook.com/ZamirulCarwashMerlimau/

Rezeki cik bulus.

Jumpa ditengah jalan sewaktu hujan dalam keadaan basah dan kulit di kaki tersiat.

Diberi nama boy , kini di jaga rapi oleh tuan baru fb Elly AR

Waxing

NASIHAT UTK PEMILIK ALZA PUTIH

Kereta warna putih memang cantik..bersih..kereta pun akan nampak lebih besar, lebih gah kesan efek dari warna putih itu sendiri.
.
Tapi kalau tak pandai jaga..kereta putih ini akan cepat buruk..kotoran lebih mudah terlekat pada warna ini. Lama kelamaan warna ini akan kusam dan suram. Tiada lagi 'nur' kilauannya..
.
Nak jaga kereta warna putih ini BUKAN MUDAH terutamanya PUTIH SOLID. Dan yang penting pemilik kereta putih ini JANGAN MALAS!.
.
Serius! Kereta putih ini WAJIB anda cuci setiap minggu untuk kekalkan kilauan warna dia dan anda kena jadualkan untuk membuat wax sekurang-kurangnya 1-2 bulan sekali.
.
Tak percaya? Okey..biarkan kereta putih anda tanpa dicuci selama sebulan. Anda boleh tengok apa akan jadi bila lepas masa tu. Banyak tompok hitam yang tak tanggal. Bawah side mirror, bawah pemegang pintu akan nampak seperti lelehan hitam.

Sangat hodoh wei..sakit hati korang nanti. Sayang kete beli mahal-mahal. Tompok hitam ini akan sukar dihilangkan walaupun ada orang cakap boleh gunakan chemical utk hilangkannya.
.
JANGAN! Chemical boleh menyebabkan permukaan cat kereta anda ROSAK. Benda tu tajam dan tak sesuai utk permukaan cat.
.
Bila tompok-tompok hitam dah banyak melekat, WAX pun dah tak jalan. Nak tak nak kena buat POLISH.
.
Kesimpulannya, penjagaan kereta bermula dengan cucian. Makesure walaupun sesibuk mana atau semalas mana pun anda, pastikan kereta anda dicuci setiap minggu..
.
Pemilik Alza Putih.

Tuesday, 19 September 2017

Nak kaya

Tips murah rezeki.

1. Bersedekah

2. Jangan abaikan ibu bapa

3. Nanti abang ingat balik

Permulaan yang pahit

1/8/2015

Masih teringat lagi bagaimana abang mula berniaga.  Buka sendiri selama dua minggu dari jam 6pm hingga 10pm.

Waktu tu alhamdulillah sambutan agak perlahan sebab abang masih baru dalam bidang bisnes and marketing.

Dalam masa sama abang cuba belajar untuk memantapkan dari segi pengurusan.

Pekerja?  Terlalu kerap silihberganti sehinggan abang rasa tewas. 

Allah beri peluang banyk kali.

Kini abang bangkit semula dengan pelbagai servis yang ada dikedai.

Carwash Merlimau

Alhamdulillah.  Blog 1st abang berkait perniagaan dalam bidang carwash.

Permulaan bisnes abang ni bermula pada 1/8/2015 , waktu tu umur abang baru 23 tahun.  Pada usia begitu muda bagi abang sendiri sukar nak menangani masalah orang sekeliling,  berjumpa dengan orang baru setiap hari.

Bisnes ni abang bermula dengan hanya menggunakan pengalaman yang ada. Pengalaman yang abang dapat sekitar umur 13 tahun.

Berniaga ni memang seronok. Banyak turun naik dan suka duka.  Dapat 5 share posting ni abang akan kongsikan beberapa pengalaman dan tips dalam berniaga

We Are Pro,  We Are Detailer

#💪EmpayarAnakMuda
#💪www.wasap.my/60147352636
#💪www.wasap.my/60105646970
#💪CarwashMerlimau
#💪KeepStrong
#💪PolishAndWax
#💪BerdepanPetronasMerlimau, SebelahCendol
#💪COATING
#💪PickupAndDelivery
#💪RezekiAllah
#💪QualityAndCertifiedProduct
#💪https://www.facebook.com/ZamirulCarwashMerlimau/